Monday, September 27, 2010

Sushi time!!!

post nih bukan aku nak cita pasal resepi ke cara2 nak buat sushi.. tapi post ni aku nak cita pasal aktiviti hujung minggu aku kat umah iaitu membuat sushi beramai2.. bukan apa nak g beli mahal plak sushi nih.. tu yang wat sendiri tuh.. bukannya susah sangat.. cuma antara rajin ke tak je..


idea nak wat sushi nih sebenarnya nak wat minggu leps tapi event tuh dah di ganti dengan steambot.. jadi postpone minggu nih la.. jadi pada 26hb september aku telah plan ngan housemate n kawan aku.. Audi.. untuk membuta sushi.. jadi petang tadi audi telah pegi membeli bahan2 yang diperlukan.. bahan dia aku rasa korang leh search kat google.. ramai yang dah post resipi sushi nih..


untuk pengetahuan.. ni adalah first time aku wat sushi.. kira eksperimen la jadi ketak.. nasib member aku Audi nih ada pengalaman membuat sushi.. jasi setelah bahan suma siap dibeli.. aku pun memulakan tugas dengan memotong suma bahan2 menjadi panjang2.. senang time nak gulung nanti.. setelah nasi suma masak.. time untuk menggulung sushi.. ni yang dinantikan untuk tengok samada menjadi ke tak sushi kami nih.. setelah siap menggulung taste test dilakukan dan syukur sushi yang dibuat menjadi.. fuh.. setle.. apa lagi keja menggulung dan memotong diteruskan sampai nasi sushi tuh habis..

setelah suma selesai.. akhirnya dapat la aku melepaskan nafas lega sebab sushi nih pun sedap.. pastu yang penting habis.. banyak gak la aku ngan bebudak nih wat.. kalo ikut beli tuh mau beratus habis nih..


disebabkan projek sushi menjadi.. jadiaku tgh pikir weekend nanti nak wat apa lak.. harap dapat la idea apa nak wat minggu depan lak..

ok post kali ni sampai kat sini.. sapa2 nak makan sushi leh la mai umah aku lam 8hb nanti.. aku nak wat sushi untuk member aku Leo Dunstan yang nak datang dari Sabah.. kes kami konvo 10/10/10 nih.. cun tak tarikh konvo aku.. huhuhu..


"Life.. depend on you to enjoy it.."
-bddagreat-

Sunday, September 26, 2010

Traditional with Modern

Post kali ni aku nak bercerita tentang fesyen tradisional digabungkan dengan gaya hidup masa kini.. aku tak pasti la ramai ke tak yang daring untuk bermain bowling dengan attire tradisional.. seperti gambar di bawah..


seperti yang kita tahu.. girls kebanyakannya akan mempersoalkan tentang attire diorang untk sesuatu ocassion.. tetapi pernahkah kita terfikir yang attire sebenarnya hanya untuk luaran sahaja.. ia tidak memainka peranan dalam menentukan soal dalaman seseorang.. jika kita menilai dari luaran kita tidak mungkin dapat meneka perwatakan sebenar seseorang itu.. jadi apa salahnya jika kita mengenakan attire tradisional bangsa kita untuk sesuatu aktiviti.. memang orang akan kata kita seorang yang pelik kerana berpakaian tidak mengena tempat... tetapi jika pakaian itu sesuai untuk aktiviti itu walaupun tidak mengikut umum ia tidaklah mengganggu perjalanan aktiviti kita..


jadi janganlah kita menilai luaran seseorang.. apa yang aku cakap nih sebenarnya pengalaman aku sendiri.. ramai yang masih menilai luaran aku.. sebab sesiapa yang kenal aku mesti melihat imej yang tak seberapa kemas.. tapi itu tak penting.. sebenarnya jika kita melihat permakaian seseorang jangan terus kita menyangkal attitude mereka.. mungkin orang tersebut tidak mempunyai bajet lebih utnuk berpakaian mengikut umum.. so ingat2 lah ayat nih walaupun memang ramai yang selalu guna.. dont jugde a book by it cover.. jgn igt ja tapi fahamilah sekali maknanya..

ok setakat ni lah untuk post kali ini..

"Life.. depend on the past.."
-bddagreat-

Tuesday, September 21, 2010

Is it luck, fortunate or just skill and effort..

many people say that they are lucky.. but i dont think that everything happen are relate to luck.. if everything happen because of luck then people who some people said that they are bad luck cannot live happily in this life.. sometime when i lepak at mamak stall, i heard people beside me chit chat with their friend about something then they said " huuhh.. nasib baik aku sempat elak tadi.. kalo tidak habih jatuh longkang aku.." what i can say here.. that thing happen not because he is lucky but because he is alert about his surrounding.. when people with clear mind and nothing to worry they are alert with their surrounding.. and that why they can avoid danger.. also when someone had miserable life they tend to forget about their surrounding and it can let their guard down.. thats what i think..


when we say about sport.. it is clear that player of any sport they are master or skillful with their sport.. so there never such a luck that can make them win.. it all their effort and skill. as example when we watch a football game. and then team which we support are winning the game.. then the others say that it just our luck that our supporting team can win.. i cant see any luck that happen here.. it is just the tactic and strategies that we use that can let us win..

ok maybe you say that im just bullshitting.. you say that you saw someone who are miserable and helpless but there are lucky.. say here.. do you really think they are like that.. if you follow them and you can see something that they do that can make them get what they should get.. if we dont do anything and nothing we can get.. so from the words here you can see that even God help people who is making effort on something.. so there are no such us luck or fortunate to start with..

what can i summarize here that dont say that we are lucky enough.. it all depend on our effort, skill and strategies to make you can say that you are lucky.. everything happen in our daily either there are good or bad are because of our action it is never because of luck or bad luck.. even if you found money in the street it is because something you do - it show that you are alert so that you can found that money.. so when people say "i'm lucky..." "how fortunate i am.." "bertuah nya aku". " this is bad luck..." "malangnya aku..".. its all happen because the action and everything you do before.. thou who look hard for it then shall be given..

p/s.. for Man U win against Liverpool is not because of luck but because they deserve it..

"Life.. is unpredictable.."
-bddagreat-

Tuesday, September 7, 2010

one shoot.. one opportunty!!

let us hear some thought of eminem which remind me a lot of things..

Eminem - Lose Yourself



this song tell me to never let your chance go.. when there come time when opportunty come to us.. dont just look away.. grab it.. maybe its once in a lifetime.. so let us enjoy this some sort of tought from Eminem..

"Life... dont let it go.."
-bddagreat-

One Piece Mania...!!

disebabkan Manga one piece telah berehat selama sebulan jadi aku mengambik keputusan untuk membaca balik suma episod One piece dari start sampai yang terbaru.. ni suma disebabkan aku tak sabar nak menantikan episod one piece yang akan datang...

bagi sesiap yang tak tau apakah itu One piece.. jangan risau.. aku akan memberitahu apakah gerangan one piece itu.. One piece atau kat Malaysia komik dia nama Budak Getah adalah menceritakan tentang pengembaraan seorang budak nih yang nama dia Monkey D. Luffy.. dia adalah seorang lanun yang bercita untuk menjadi Raja Lanun.. dia telah termakan buah syaitan dimana badannya menjadi getah.. jadi cerita komik ini banyak berkisar tentang pengembaraannya untuk menuju ke suatu tempat di nama kan One Piece dimana tempat tu terletaknya harta karun peninggalan Raja Lanun.. Gold D. Roger.. yang mana telah dijatuhkan hukuman mati 20 tahun lepas (masa dalam komik ini.).. dalam perjalanan menuju ke One piece.. banyak halangan dan cabaran yang ditempuhi.. sambil dia mengumpul krew lanunnya..

komik ini memang banyak plot dan adegan yang menarik serta memounyai set lengkap.. iaitu lawak, suspen, sedih dan macam lagi.. jadi kepada yang sesiapa yang tak penah baca komik ini amik la peluang untuk membaca.. memang tak rugi anda baca komik ini.. banyak pengajaran yang aku rasa leh diambil dalam komik nih.. anda leh google ja untuk baca komik ini online.. ada jugak website yang menyediakan perkhidmatan untuk mendonlot komik ini..

ok lah post aku kali ini sampai kat sini saja.. nanti aku update lagi..

p/s... tak sabar nak balik esok pagi.. harap perjalanan esok berjalan dengan lancar.. Insyallah..

"Life.. move forward"
-bddagreat-

Monday, September 6, 2010

The Unexpected Things..

ok.. fuhhh.. setelah nafas ku hela.. jari ku memulakan langkahnya untuk menaip kekunci di papan kekunci.. apa yang ingin aku sampaikan disini adalah berkaitan dengan perjalanan hidupku pada semalam dan hari ini.. aku sebenar telah merancang dan juga berharap agar dapat pulang ke desaku semalam tetapi apa yang dirancang tak semestinya dapat dicapai.. itulah rumlah hidup..


setelah hatiku ini berbunga dan bersinar dek kerana aku akan melangkahkan kakiku untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran Aidilfitri bersama keluarga yang tercinta, apakan daya aku tidak dapat melawan takdir dimana aku masih lagi diperantauan.. terdapat sebab dan musabab yang berlaku yang menyebabkan aku tidak dapat pulang kekampung halaman pada waktu yang dirancang. tapi eloklah jika sebab itu aku pendamkan sendiri...

hari ini aku hanya bersendirian berbuka puasa dirumah sewaku ini sambil memikirkan rancangan untuk pulang ke kampung halamanku.. hati ini sudah tidak sabar lagi untuk bertemu keluarga dan rakan handai.. apa yang membuatkan aku terkilan disini adalah aku tidak dapat menghadirkan diri di majlis pertemuan semula rakan-rakan perjuangan sewaktu persekolahan dahulu..

apa yang berlaku ini aku terima dengan hati yang terbuka dan minda yang ceria.. aku pasti ada hikmah dan sebab disebalik kejadian yang Tuhan berikan.. apapun aku masih berharap pada tanggal 8hb ini aku masih dapat menjejakkan kaki aku ke kampung halaman dan menyambut lebaran Aidilfitri bersama keluarga tercinta..

berbekalkan tenaga dan permikiran yang ceria serta hati yang tenang aku ingin menamatkan penulisan pada kali ini.. harapanku agar segala yang dirancang agar berbuah dan diriku ini dapat menyambut lebaran dikampung halamanku...

p/s.. inilah akibatnya kalau rancang takda backup.. kan dah kuar ayat2 power nih.. tak sangka leh tulis ayat2 power nih.. i expect the next thing would be better.. Insyaallah..

"Life.. never in our expectation.."
-bddagreat-

Saturday, September 4, 2010

Welcome Home


pada tanggal 5hb September ini aku akan melangkahkan kaki aku untuk pulang ke kampung halaman aku yang terletak di suatu daerah di namakan Baling, di sebuah negeri yang aman dan damai serta luas menghijau... Kedah.. hehehe.. cun la ayat tuh.. dimaklumkan bahawa aku bukan lah balik dengan berjalan kaki.. tapi menaiki kenderaan yang diciptakan oleh manusia untuk memudahkan manusia itu sendiri.. diharapkan perjalanan aku menuju ke kampung halaman aku berjalan dengan lancar selancarnya.. terasa rindu untuk bertemu ayahanda dan bondaku yang selalu menantikan kepulangan anakandanya yang jarang2 untuk pulang ke kampung halaman.. terasa bagaikan tidak sabar untuk menantikan hari kepulanganku yang cuma dua hari saja lagi..


diharap kepulangan ku nanti disambut dengan tawa ria anak2 buah aku dan juga saudara2 aku yang menetap di kampung halamanku... dan pada tanggal 5hb itu juga rakan2 perjuangan aku sewaktu dipersokalahan dahulu telah membuat majlis berbuka puasa yang bertempat di suatu daerah sibuk iaitu Sungai Petani.. aku berharap agar dapat menyertai majlis tersebut dan berjumpa dengan sahabat aku yang telah lama tidak ketemu.. majlis yang bagaikan majlis tahunan bagi kami untuk merapatkan lagi hubungan dan juga memastikan ikatan persahabatan kami tidak akan putus.. aku berharap segal yang kuharapkan akan berlaku dan berjalan dengan lancar dan dapat memberi memori indah kepadaku untuk ku simpan semat di mindaku.. sahbat samalah kita berdoa supaya majlis ini berlangsung dengan sempurna..

well.. i think that all for here.. i will update my blog once this event done.. hope this event can bring a lot of good memory.. and for my parent.. wait for your son.. i will back soon..

"life.. when you know the future.. is boring.."
-bddagreat-

Thursday, September 2, 2010

It is for family or stupidity..

For this post I would like to write it in my bahasa...

Aku ada tengok satu drama nih cita pasal sorang laki yg excellent dari suma sudut.. tapi satu ja.. dia nih gila punya miskin.. dah la miskin.. adik beradik ramai lak tuh.. dia ada 6 org adik beradik.. kira dia memang pentingkan family dia dari suma benda.. kira lps skola dia wat part time pastu dia la yg kemas umah, masak, suma la.. kira mak dia pun harap kat dia ja.. klu dia takda pakai tak dapat la family dia nak hidup kira drama tunjuk kat aku macam mana dia berkorban utk family dia la.. macam2 dia wat.. kat skola pulak dia nih top student.. kira paling pandai kat skolah tuh.. kawan dia plak org kaya pastu second top kat skola tuh jadi nasib ada member dia nih kadang2 tolong dia gak..

Nak dijadikan cita.. satu hari bapak dia dapat hadiah dari org yang bapak dia tolong. kira dapat umah banglo ngan harta skali.. jadi bapak dia ajak pindah pi umah tu la. kira jadi org kaya baru.. dia nih sebab besa hidup susah pastu umah dia kecik jadi dia rasa mcam tak best la masuk umah tuh tambah lak dia dah tak yah suma benda dia penah wat seblum nih.. jadi lama kelaman dia jadi tak happy.. pastu dia pkr bek dia balik umah lama dia rasa lagi bagus dok umah lama sebab leh tengok adik2 dia riuh macam slalu.. pastu lepas pindah balik umah lama dia dapt tawaran p blajaq kat amerika lak dah tu siap dapat gaji lagi.. tapi dia tolak sebab pikirkan family dia.. kira dia sanggup berkorban utk family dia lah..

Kalau di ikutkan memang nampak macam dia nih memang seorang yang baik dan memang patut la kita contohi.. sebab sanggup berkorban utk family. tapi kat sini memang aku tak setuju.. memang kalo diikutkan memang la kalo family dia p umah banglo tu dia takut family dia culture shock.. takut dah tak happy macam dulu.. tapi kat sini la dia silap. kalo diamalkan prinsip sentiasa bersyukur.. dia akan fikirkan jalan yang terbaik utk family dia senantiasa happy walaupun taraf hidup dia dah berubah.. itu baru betul.. org kata bukan senang nak dapat durian runtuh.. tapi dia tak pikir mcam tuh.. dia pkir kalau balik hidup lama depa akan happy.. itu silap dia.. happy memang happy cuma kat sini dia tak berani nak cuba try cara baru utk family dia happy walopun dengan lifestyle baru..maksudnya dia takut kepada perubahn drastik.. ok ini komen utk umah tuh..

Pasal untuk tawaran belajar yang dia tolak tuh.. kalo betul dia pkir family dia... dia akan g amerika tuh.. first dia dapat gaji.. jadi duit tuh leh bantu keluarga.. pastu dia memang kompem berjaya la kalo dia bleh settlekan blajr kat amerika tuh.. lagi la family dia bleh hidup senang.. memang bagus berkorban.. tapi kalo guna otak seblum nak berkorban.. baru pengorbanan tu tak sia2... kalo kita fikirkan la.. sampai bila dia nak family dia harap kat dia.. cuba bayangkan yang dia tiba2 eksiden ka apa ka.. abih family dia macam mana.. jadi dia patut cuba pikir macam mana family dia nak survive kalo dia takda.. jadi peluang futher study tuh memang bagus selain dari dia bleh berjaya.. disamping tuh le la latih family dia cuba hidup tanpa dia.. lagi satu dia kata tak berpisah ngan adik beradik dia.. cuba pikir la.. sa,pai bila dia bleh bersama family.. setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. memang last2 dia dapat sambung gak.. cuma kebodohan sebelum no yang tunujk kata dia memang pentingkan diri dia..

Jadi kesimpulan kat sini adakah disebabkan family atau pun oleh kebodohan diri.. tu yang patut kita pikirkan.. jadi berbalik kepada pepatah aku.. hidup ini mudah, cuma manusia menggunakan cara yang susah untuk menempuhinya..life is simple, but people use difficult way to solve it... jadi renung2kanlah... sebelum nak wat keputusan utk teruskan hidup.. bersyukur lah dengan apa yang ada dan guna otak seblum menempuhi hidup ini..

Oh aku lupa nak mention nama drama yang aku tengok.. drama ni drama jepun.. tajuk dia 'Yamada Taro Monogatari'.... selamat menonton..

"life.. never live in regret.."
-bddagreat-