Tuesday, December 21, 2010

Malu bertanya sesat jalan...

boleh guna lagi kah pepatah ni.. sebab sekarangkan dah canggih.. kalau takut sesat bleh buka google map tak pun sapa yang ada henpon canggih bleh guna GPS ja.. so masih relevan kah pepatah diatas??.. dari pendapat aku la pepatah tu tak semestinya pasal jalan ja..

tak kisah la apapun dalam hidup kita.. jika kita keberatan nak bertanya agak susah la untuk kita nak memajukan diri kita.. maksud sesat kat sini bukannya sesat dijalanan sahaja..sesat untuk membina masa depan ni yang orang cakap parah.. kalau dari awal kita dah sesat.. alamat kita nak patah balik semula tuh amik masa yang lama..

so kepada kawan2 jangan la malu nak bertanya.. dan juga menjadi orang yang bodoh sombong.. bertanya la.. tak mati pun.. tak tanya tuh yang bleh membawa ke mati.. sedang waktu kita kecik2 dulu.. punya la banyak kita tanya kat parents kita, sibling kita.. kadang sampai diorg ni nek malas nak jawab.. tak caya.. gi balik tanya parent korang.. tanya jugak..

so jadi walaupun kita nih berpangkat ke apa ke jangan malu nak bertanya.. even kalo kita fikir.. belum tentu benda yang kita tak tahu tu orang lain tak tahu.. biar la orang tu org cakap kerja cleaner ke tak pun pencacai ke.. tanya je.. mana tahu diorg lebih tahu dari kita.. bila kita banyak bertanya banyak idea yang akan kita dapat.. walaupun kadang maklumat yang kita dapat tuh tak betul tapi jangan kita bo layan.. layan je pastu cuba cari kebenaran.. mana tahu dari situ dapat membantu kita dalam hal yang lain.. so jangan la ingat diri kita ni dah tahu suma.. even budak kecik lagi tahu dari kita dalam hal2 tertentu..

sebenar ada mesej untuk seseorg disebalik post nih.. hehehe...

"life... keep on asking.."
-bddagreat-

Monday, December 6, 2010

MAHA 2010...

selama 10 hari event maha ni berlangsung memang sangat memenatkan.. itu yang boleh aku ulas serba sikit pasal maha nih.. so sesapa yang ada datang melawat maha 2010 yang berlangsung pada 26/11 - 5/12 mesti dapat melihat betapa sesaknya orang ramai yang datang.. dengar kata bilangan pelawat mencecah shingga 10 juta.. betul ke tak aku t ak pasti.. sebab apa aku kata sangat memenatkan sebabnya aku bertugas sebagai salah seorang krew.. aku jaga bahagian kebersihan bagi dewan A.. sapa yang pergi maha mesti tahu dewan A tu kat mana.. bahagian kerajaan..

memang sangat meletihkan kerana aku bekerja selama 15 jam sehari.. dari jam 8 pagi sehingga 11 malam.. sehingga kan sekeping gambar pun tak da.. tapi bila event nih dah selesai memang tarik nafas panjang aku.. tak tahu nak kata betapa puasnya sebab event nih berjalan lancar walaupun adala sedikit sebanyak komen pasal sampah aku terima..

setelah jadi krew untuk maha nih baru aku dapat nampak majoriti sikap rakyat malaysia nih yang memang tak layak untuk digelar rakyat negara membangun, sebab sikap buang sampah merata2 nih memang tak leh nak buang.. kalau suma orang disiplin buang sampah dalam tong memang takkan ada masalah sampah di walkway.. dan jika ada yang baik tolong kutip memang bertuah la nak jumpa.. itu yang buat aku sedar yang aku masih kat malaysia lagi...

tapi apapun event pun dah tamat.. esok tinggal nak teardown booth kat maha pastu aku bleh la rileks kat umah sekejap... tahniah diucapkan kepada pihak yang menjayakan event MAHA nih.. memang event nih sangat mendapat sambutan...

"Life.... Thinks for yourself.."
-bddagreat-

Sunday, November 28, 2010

change for success task!!!


when you complete these tasks that many great men accomplished,
you will experience major changes to yourself to archieve success..

1 - polish your shoes...

2 - only fill the stomach to 8 portions of food..

3 - make others laugh..

4 - heads straight home..

5 - praise yourself for what you did today..

6 - steal people's strong points..

7 - give something that they want before they ask..

8 - every morning, look at yourself in a full length mirror..

9 - donate spare change...

10 - clean the bathroom..

11 - stop doing something usually for one day..

12 - happily imagine your dream..

13 - gets something for free...

14 - recite your dream as a service..

15 - say "i'm lucky" out loud.. = to train your heart to be positive..
positive thinking..

16 - surprise someone..


important task.. sustain practice.. put the last task into practice
by all means..

17 - today, start doing the thing that you would regret if
dont do them...

18 - help other people succeed..

19 - apply something..

20 - you have to always be thankful...

human can make miracle happen.. but if you dont take the first step,
there will never be a miracle..

"life... it is miracle"
-bddagreat-

Wednesday, November 10, 2010

Monoloque - tiada kata secantik bahasa.wmv

Sebuah lagu Tan Sri P. Ramlee yang telah digubah oleh Monoloque.. seperti judul lagu tuh.. aku pun tiada kata yang dapat nak digubah untuk mengambarkan yang betapa feelnya aku rasa bila dengar lagu nih.. dengan susunan muzik campur vokal serta irama yang dicampur adukkan antara rentak duluan dengan terkini tetapi tidak mencacatkan lagu nih..

tambahan pulak lagu nih digubah oleh Loque.. Former leads guitarist dari Band Butterfingers.. first time aku dengar lagu nih pun dah leh agak nih memang karya diorang cuma masih sangsi samaada lagu nih butter yang bawak atau monoloque.. hehe takkkan butter kot.. dorangkan tgh dibekukan sementara.. hope so.. tapi memang arangement dari loque nih ada trademarknya yang sendiri dimana dengar intro pun dah leh agak memang dorang punya trademark.. tak caya layan la album butterfingers- kembali.. memang bleh nampak la trademarknya disini...

senang cakap dalam banyak2 lagu dalam album tribut nih lagu nih yang paling wat aku feel dan aku tak tau berapa kali dah aku ulang dengar lagu nih... jadi kepada yang tak pernah dengar leh la layan kat bawah nih.. nih pun amik kat youtube ja.. thank kepada orang yang post lagu nih... jadi.. layannn...



amacam best tak....??

"Life... no words can describe it.."
-bddagreat-

Tuesday, October 12, 2010

Konvokesyen = 101010


ni lah hari yang aku suka sebab aku dah layak digelar budak yang dah berdegree.. dan senang cita budak u la katakan.. dah la tarikh konvo pun cun .. 10/10/10.. pastu sultan selangor plak yang bagi scroll.. memang best la hari konvo aku nih.. family aku pun datang tu yang bagi lagi happy tuh.. pasal konvo nih memang aku dari dulu lagi berangan nak amik gambar outdoor dgn jubah aku.. dan suma tuh menjadi.. sempat gak la aku snap kat area bukit ekspo sambil men kanu ngan amik gmbr atas pokok.. baru la namanya budak forestry.. kat bawah ni aku ada letak dua tiga gambar kenangan time konvo..







"Life.. live to fulfill your dream.."
-bddagreat-

Saturday, October 2, 2010

time is ticking...

rasanya lagi seminggu lagi la aku nak konvo.. tapi aku apa pun tak prepare lagi.. jangan kata yuran konvo.. surat konvo pun aku tak dapat lagi.. orang lain sibuk pasal jubah tak ambil lagi la dan pasal baju apa nak pakai la.. siap ada yang nak wat even lagi tuk member yang nak jumpa time konvo nanti..


tapi itu la.. orang lain sibuk ja dan ada yang tak sabar nak tunggu konvo.. tapi aku macam nih gak.. apa pun tak pikir lagi nih.. apa2 progres pun aku tak wat lagi.. so aku nekad next week aku memang pulun habih la setlekan konvo punya preparation.. lagi satu.. family aku, aku pun tak tau depa nak mai ke dak.. sebab tarikh konvo tuh cun sangat jadi banyak la orang berebut nak wat even time tuh.. tu yang giving hard time tuh my family nak decide mana yang depa nak pi.. tapi takpa.. aku mana2 pun ok ja.. janji hari yang konvo tuh aku nek atas pentas amik scroll..

itu ja yang penting.. dok pikir benda len punya la lama.. tap tap.. time konvo tak dapat nak hadir.. bek tak yah kan... so post kali ni kat sini ja la.. nak wat schedule siap2 dulu..

"life.. dont know what next.."
-bddagreat-

Monday, September 27, 2010

Sushi time!!!

post nih bukan aku nak cita pasal resepi ke cara2 nak buat sushi.. tapi post ni aku nak cita pasal aktiviti hujung minggu aku kat umah iaitu membuat sushi beramai2.. bukan apa nak g beli mahal plak sushi nih.. tu yang wat sendiri tuh.. bukannya susah sangat.. cuma antara rajin ke tak je..


idea nak wat sushi nih sebenarnya nak wat minggu leps tapi event tuh dah di ganti dengan steambot.. jadi postpone minggu nih la.. jadi pada 26hb september aku telah plan ngan housemate n kawan aku.. Audi.. untuk membuta sushi.. jadi petang tadi audi telah pegi membeli bahan2 yang diperlukan.. bahan dia aku rasa korang leh search kat google.. ramai yang dah post resipi sushi nih..


untuk pengetahuan.. ni adalah first time aku wat sushi.. kira eksperimen la jadi ketak.. nasib member aku Audi nih ada pengalaman membuat sushi.. jasi setelah bahan suma siap dibeli.. aku pun memulakan tugas dengan memotong suma bahan2 menjadi panjang2.. senang time nak gulung nanti.. setelah nasi suma masak.. time untuk menggulung sushi.. ni yang dinantikan untuk tengok samada menjadi ke tak sushi kami nih.. setelah siap menggulung taste test dilakukan dan syukur sushi yang dibuat menjadi.. fuh.. setle.. apa lagi keja menggulung dan memotong diteruskan sampai nasi sushi tuh habis..

setelah suma selesai.. akhirnya dapat la aku melepaskan nafas lega sebab sushi nih pun sedap.. pastu yang penting habis.. banyak gak la aku ngan bebudak nih wat.. kalo ikut beli tuh mau beratus habis nih..


disebabkan projek sushi menjadi.. jadiaku tgh pikir weekend nanti nak wat apa lak.. harap dapat la idea apa nak wat minggu depan lak..

ok post kali ni sampai kat sini.. sapa2 nak makan sushi leh la mai umah aku lam 8hb nanti.. aku nak wat sushi untuk member aku Leo Dunstan yang nak datang dari Sabah.. kes kami konvo 10/10/10 nih.. cun tak tarikh konvo aku.. huhuhu..


"Life.. depend on you to enjoy it.."
-bddagreat-

Sunday, September 26, 2010

Traditional with Modern

Post kali ni aku nak bercerita tentang fesyen tradisional digabungkan dengan gaya hidup masa kini.. aku tak pasti la ramai ke tak yang daring untuk bermain bowling dengan attire tradisional.. seperti gambar di bawah..


seperti yang kita tahu.. girls kebanyakannya akan mempersoalkan tentang attire diorang untk sesuatu ocassion.. tetapi pernahkah kita terfikir yang attire sebenarnya hanya untuk luaran sahaja.. ia tidak memainka peranan dalam menentukan soal dalaman seseorang.. jika kita menilai dari luaran kita tidak mungkin dapat meneka perwatakan sebenar seseorang itu.. jadi apa salahnya jika kita mengenakan attire tradisional bangsa kita untuk sesuatu aktiviti.. memang orang akan kata kita seorang yang pelik kerana berpakaian tidak mengena tempat... tetapi jika pakaian itu sesuai untuk aktiviti itu walaupun tidak mengikut umum ia tidaklah mengganggu perjalanan aktiviti kita..


jadi janganlah kita menilai luaran seseorang.. apa yang aku cakap nih sebenarnya pengalaman aku sendiri.. ramai yang masih menilai luaran aku.. sebab sesiapa yang kenal aku mesti melihat imej yang tak seberapa kemas.. tapi itu tak penting.. sebenarnya jika kita melihat permakaian seseorang jangan terus kita menyangkal attitude mereka.. mungkin orang tersebut tidak mempunyai bajet lebih utnuk berpakaian mengikut umum.. so ingat2 lah ayat nih walaupun memang ramai yang selalu guna.. dont jugde a book by it cover.. jgn igt ja tapi fahamilah sekali maknanya..

ok setakat ni lah untuk post kali ini..

"Life.. depend on the past.."
-bddagreat-

Tuesday, September 21, 2010

Is it luck, fortunate or just skill and effort..

many people say that they are lucky.. but i dont think that everything happen are relate to luck.. if everything happen because of luck then people who some people said that they are bad luck cannot live happily in this life.. sometime when i lepak at mamak stall, i heard people beside me chit chat with their friend about something then they said " huuhh.. nasib baik aku sempat elak tadi.. kalo tidak habih jatuh longkang aku.." what i can say here.. that thing happen not because he is lucky but because he is alert about his surrounding.. when people with clear mind and nothing to worry they are alert with their surrounding.. and that why they can avoid danger.. also when someone had miserable life they tend to forget about their surrounding and it can let their guard down.. thats what i think..


when we say about sport.. it is clear that player of any sport they are master or skillful with their sport.. so there never such a luck that can make them win.. it all their effort and skill. as example when we watch a football game. and then team which we support are winning the game.. then the others say that it just our luck that our supporting team can win.. i cant see any luck that happen here.. it is just the tactic and strategies that we use that can let us win..

ok maybe you say that im just bullshitting.. you say that you saw someone who are miserable and helpless but there are lucky.. say here.. do you really think they are like that.. if you follow them and you can see something that they do that can make them get what they should get.. if we dont do anything and nothing we can get.. so from the words here you can see that even God help people who is making effort on something.. so there are no such us luck or fortunate to start with..

what can i summarize here that dont say that we are lucky enough.. it all depend on our effort, skill and strategies to make you can say that you are lucky.. everything happen in our daily either there are good or bad are because of our action it is never because of luck or bad luck.. even if you found money in the street it is because something you do - it show that you are alert so that you can found that money.. so when people say "i'm lucky..." "how fortunate i am.." "bertuah nya aku". " this is bad luck..." "malangnya aku..".. its all happen because the action and everything you do before.. thou who look hard for it then shall be given..

p/s.. for Man U win against Liverpool is not because of luck but because they deserve it..

"Life.. is unpredictable.."
-bddagreat-

Tuesday, September 7, 2010

one shoot.. one opportunty!!

let us hear some thought of eminem which remind me a lot of things..

Eminem - Lose Yourself



this song tell me to never let your chance go.. when there come time when opportunty come to us.. dont just look away.. grab it.. maybe its once in a lifetime.. so let us enjoy this some sort of tought from Eminem..

"Life... dont let it go.."
-bddagreat-

One Piece Mania...!!

disebabkan Manga one piece telah berehat selama sebulan jadi aku mengambik keputusan untuk membaca balik suma episod One piece dari start sampai yang terbaru.. ni suma disebabkan aku tak sabar nak menantikan episod one piece yang akan datang...

bagi sesiap yang tak tau apakah itu One piece.. jangan risau.. aku akan memberitahu apakah gerangan one piece itu.. One piece atau kat Malaysia komik dia nama Budak Getah adalah menceritakan tentang pengembaraan seorang budak nih yang nama dia Monkey D. Luffy.. dia adalah seorang lanun yang bercita untuk menjadi Raja Lanun.. dia telah termakan buah syaitan dimana badannya menjadi getah.. jadi cerita komik ini banyak berkisar tentang pengembaraannya untuk menuju ke suatu tempat di nama kan One Piece dimana tempat tu terletaknya harta karun peninggalan Raja Lanun.. Gold D. Roger.. yang mana telah dijatuhkan hukuman mati 20 tahun lepas (masa dalam komik ini.).. dalam perjalanan menuju ke One piece.. banyak halangan dan cabaran yang ditempuhi.. sambil dia mengumpul krew lanunnya..

komik ini memang banyak plot dan adegan yang menarik serta memounyai set lengkap.. iaitu lawak, suspen, sedih dan macam lagi.. jadi kepada yang sesiapa yang tak penah baca komik ini amik la peluang untuk membaca.. memang tak rugi anda baca komik ini.. banyak pengajaran yang aku rasa leh diambil dalam komik nih.. anda leh google ja untuk baca komik ini online.. ada jugak website yang menyediakan perkhidmatan untuk mendonlot komik ini..

ok lah post aku kali ini sampai kat sini saja.. nanti aku update lagi..

p/s... tak sabar nak balik esok pagi.. harap perjalanan esok berjalan dengan lancar.. Insyallah..

"Life.. move forward"
-bddagreat-

Monday, September 6, 2010

The Unexpected Things..

ok.. fuhhh.. setelah nafas ku hela.. jari ku memulakan langkahnya untuk menaip kekunci di papan kekunci.. apa yang ingin aku sampaikan disini adalah berkaitan dengan perjalanan hidupku pada semalam dan hari ini.. aku sebenar telah merancang dan juga berharap agar dapat pulang ke desaku semalam tetapi apa yang dirancang tak semestinya dapat dicapai.. itulah rumlah hidup..


setelah hatiku ini berbunga dan bersinar dek kerana aku akan melangkahkan kakiku untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran Aidilfitri bersama keluarga yang tercinta, apakan daya aku tidak dapat melawan takdir dimana aku masih lagi diperantauan.. terdapat sebab dan musabab yang berlaku yang menyebabkan aku tidak dapat pulang kekampung halaman pada waktu yang dirancang. tapi eloklah jika sebab itu aku pendamkan sendiri...

hari ini aku hanya bersendirian berbuka puasa dirumah sewaku ini sambil memikirkan rancangan untuk pulang ke kampung halamanku.. hati ini sudah tidak sabar lagi untuk bertemu keluarga dan rakan handai.. apa yang membuatkan aku terkilan disini adalah aku tidak dapat menghadirkan diri di majlis pertemuan semula rakan-rakan perjuangan sewaktu persekolahan dahulu..

apa yang berlaku ini aku terima dengan hati yang terbuka dan minda yang ceria.. aku pasti ada hikmah dan sebab disebalik kejadian yang Tuhan berikan.. apapun aku masih berharap pada tanggal 8hb ini aku masih dapat menjejakkan kaki aku ke kampung halaman dan menyambut lebaran Aidilfitri bersama keluarga tercinta..

berbekalkan tenaga dan permikiran yang ceria serta hati yang tenang aku ingin menamatkan penulisan pada kali ini.. harapanku agar segala yang dirancang agar berbuah dan diriku ini dapat menyambut lebaran dikampung halamanku...

p/s.. inilah akibatnya kalau rancang takda backup.. kan dah kuar ayat2 power nih.. tak sangka leh tulis ayat2 power nih.. i expect the next thing would be better.. Insyaallah..

"Life.. never in our expectation.."
-bddagreat-

Saturday, September 4, 2010

Welcome Home


pada tanggal 5hb September ini aku akan melangkahkan kaki aku untuk pulang ke kampung halaman aku yang terletak di suatu daerah di namakan Baling, di sebuah negeri yang aman dan damai serta luas menghijau... Kedah.. hehehe.. cun la ayat tuh.. dimaklumkan bahawa aku bukan lah balik dengan berjalan kaki.. tapi menaiki kenderaan yang diciptakan oleh manusia untuk memudahkan manusia itu sendiri.. diharapkan perjalanan aku menuju ke kampung halaman aku berjalan dengan lancar selancarnya.. terasa rindu untuk bertemu ayahanda dan bondaku yang selalu menantikan kepulangan anakandanya yang jarang2 untuk pulang ke kampung halaman.. terasa bagaikan tidak sabar untuk menantikan hari kepulanganku yang cuma dua hari saja lagi..


diharap kepulangan ku nanti disambut dengan tawa ria anak2 buah aku dan juga saudara2 aku yang menetap di kampung halamanku... dan pada tanggal 5hb itu juga rakan2 perjuangan aku sewaktu dipersokalahan dahulu telah membuat majlis berbuka puasa yang bertempat di suatu daerah sibuk iaitu Sungai Petani.. aku berharap agar dapat menyertai majlis tersebut dan berjumpa dengan sahabat aku yang telah lama tidak ketemu.. majlis yang bagaikan majlis tahunan bagi kami untuk merapatkan lagi hubungan dan juga memastikan ikatan persahabatan kami tidak akan putus.. aku berharap segal yang kuharapkan akan berlaku dan berjalan dengan lancar dan dapat memberi memori indah kepadaku untuk ku simpan semat di mindaku.. sahbat samalah kita berdoa supaya majlis ini berlangsung dengan sempurna..

well.. i think that all for here.. i will update my blog once this event done.. hope this event can bring a lot of good memory.. and for my parent.. wait for your son.. i will back soon..

"life.. when you know the future.. is boring.."
-bddagreat-

Thursday, September 2, 2010

It is for family or stupidity..

For this post I would like to write it in my bahasa...

Aku ada tengok satu drama nih cita pasal sorang laki yg excellent dari suma sudut.. tapi satu ja.. dia nih gila punya miskin.. dah la miskin.. adik beradik ramai lak tuh.. dia ada 6 org adik beradik.. kira dia memang pentingkan family dia dari suma benda.. kira lps skola dia wat part time pastu dia la yg kemas umah, masak, suma la.. kira mak dia pun harap kat dia ja.. klu dia takda pakai tak dapat la family dia nak hidup kira drama tunjuk kat aku macam mana dia berkorban utk family dia la.. macam2 dia wat.. kat skola pulak dia nih top student.. kira paling pandai kat skolah tuh.. kawan dia plak org kaya pastu second top kat skola tuh jadi nasib ada member dia nih kadang2 tolong dia gak..

Nak dijadikan cita.. satu hari bapak dia dapat hadiah dari org yang bapak dia tolong. kira dapat umah banglo ngan harta skali.. jadi bapak dia ajak pindah pi umah tu la. kira jadi org kaya baru.. dia nih sebab besa hidup susah pastu umah dia kecik jadi dia rasa mcam tak best la masuk umah tuh tambah lak dia dah tak yah suma benda dia penah wat seblum nih.. jadi lama kelaman dia jadi tak happy.. pastu dia pkr bek dia balik umah lama dia rasa lagi bagus dok umah lama sebab leh tengok adik2 dia riuh macam slalu.. pastu lepas pindah balik umah lama dia dapt tawaran p blajaq kat amerika lak dah tu siap dapat gaji lagi.. tapi dia tolak sebab pikirkan family dia.. kira dia sanggup berkorban utk family dia lah..

Kalau di ikutkan memang nampak macam dia nih memang seorang yang baik dan memang patut la kita contohi.. sebab sanggup berkorban utk family. tapi kat sini memang aku tak setuju.. memang kalo diikutkan memang la kalo family dia p umah banglo tu dia takut family dia culture shock.. takut dah tak happy macam dulu.. tapi kat sini la dia silap. kalo diamalkan prinsip sentiasa bersyukur.. dia akan fikirkan jalan yang terbaik utk family dia senantiasa happy walaupun taraf hidup dia dah berubah.. itu baru betul.. org kata bukan senang nak dapat durian runtuh.. tapi dia tak pikir mcam tuh.. dia pkir kalau balik hidup lama depa akan happy.. itu silap dia.. happy memang happy cuma kat sini dia tak berani nak cuba try cara baru utk family dia happy walopun dengan lifestyle baru..maksudnya dia takut kepada perubahn drastik.. ok ini komen utk umah tuh..

Pasal untuk tawaran belajar yang dia tolak tuh.. kalo betul dia pkir family dia... dia akan g amerika tuh.. first dia dapat gaji.. jadi duit tuh leh bantu keluarga.. pastu dia memang kompem berjaya la kalo dia bleh settlekan blajr kat amerika tuh.. lagi la family dia bleh hidup senang.. memang bagus berkorban.. tapi kalo guna otak seblum nak berkorban.. baru pengorbanan tu tak sia2... kalo kita fikirkan la.. sampai bila dia nak family dia harap kat dia.. cuba bayangkan yang dia tiba2 eksiden ka apa ka.. abih family dia macam mana.. jadi dia patut cuba pikir macam mana family dia nak survive kalo dia takda.. jadi peluang futher study tuh memang bagus selain dari dia bleh berjaya.. disamping tuh le la latih family dia cuba hidup tanpa dia.. lagi satu dia kata tak berpisah ngan adik beradik dia.. cuba pikir la.. sa,pai bila dia bleh bersama family.. setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. memang last2 dia dapat sambung gak.. cuma kebodohan sebelum no yang tunujk kata dia memang pentingkan diri dia..

Jadi kesimpulan kat sini adakah disebabkan family atau pun oleh kebodohan diri.. tu yang patut kita pikirkan.. jadi berbalik kepada pepatah aku.. hidup ini mudah, cuma manusia menggunakan cara yang susah untuk menempuhinya..life is simple, but people use difficult way to solve it... jadi renung2kanlah... sebelum nak wat keputusan utk teruskan hidup.. bersyukur lah dengan apa yang ada dan guna otak seblum menempuhi hidup ini..

Oh aku lupa nak mention nama drama yang aku tengok.. drama ni drama jepun.. tajuk dia 'Yamada Taro Monogatari'.... selamat menonton..

"life.. never live in regret.."
-bddagreat-

Tuesday, August 31, 2010

Happy life or happy ending!!!


When you complete these task, you will be much closer to happiness than you are right now.. Some of the task I give my explanation and some its all up to you to interpret them..

1 - Cut your nails - you only care about how you look to people, you didn’t remotely think about others feel.

2 - Use you left/right hand (change your domain hand) = to make you more sensitive to your environment..

3 - Use body touch in groups dates..

4 - do not speak during group dates (just use special words yes, no, sorry, thanks > in case..) = you became aware of people surrounding

5 - like everyone at the group date..

6 - do not go to the second venue of group dates and come home..

7 - greet everyone with a loud voice.. - build up confident and cherry..

8 - Have a date with the man/women you are least interested..

9 - do not lie..

10 - become an evil man/women.. = think about yourself even that will make people hate..

11 - come up with your own tag line..

12 - imagine other's unhappiness..

13 - know other's evil feeling to you..

14 - make others laugh..

15 - throw away all your clothes.. = in order to you to move forward you need to change your environment..

16 - look at the sky..

17 - be a bodyguard / support someone..

18 - become a man/women.. = to make you appreciate yourself and understand opposite gender feel..

19 - listen to men's dream..

20 - plays an instrument.. = its the way for you to overcome the obstacle.

21 - play trick on someone you like.. = you want them to notice you. Better than do nothing..

22 - surprise someone..

23 - think that today is the last day on earth...

to complete these task it need you to become brave and strong.. even i cant do all the task. some of the task i been doing and some, it take some time to me to do it.. so it ups to you guys to do it or not.. i got these from Japanese Drama and movie title 'Yume wo kanaeru zo'..


'life.. never been in the textbook..'
-bddagreat-

Sunday, August 29, 2010

Reunion Batch G4!!


Event = G4 Reunion and Breakfast (Those In Western Area)
Date = 28th August 2010
Venue= Somewhere around Sentul (ask Noi)
Participation = 13 persons

This event was organized by Noi and Amar (Gil).. Well thanks all who made effort to come along.. first on the planning, this was gonna held in Restaurant Nelayan at Tasik Titiwangsa then around 4.00pm Noi call me and ask either we gonna have buffet or just Malay Hidang meal.. then i just state that its up to Noi, and i prefer just nibbles meal.. i think it also can save some money. At first i expect there were be a few were come but there quite a lot..cause i think many of our member already going back to their Kampung.. so about 5 pm i'm going to Yusuf house and Iman was waiting there.. so we move with Iman's car.. on the way to the destination there are some thing happen where we been block by Traffic officer because Yusuf didnt buckle up.. fortunate we didnt get any charge.. after we arrive at Restaurant Nelayan then Noi call me that this event didnt held there but Amar already book another Restaurant around his house.. so we gather people here then we move to the destination.. i'm thoroughly enjoy that evening- appreciate being able to chat with member that i wasnt able to see about 7 year.. the people who come are Amar, Noi, Yusuf, Iman, Naza, Tompok, Tok Ayah, Bana, Munir, Mukhlis, Fauzi, Fakh, and last but not least Fuad - who come after the breakfast with his Tunang..


It was great to see Tompok, Iman, Fakh, Naza who hadnt been able to see after i'm finish high school.. it about 7 year.. time flew almost fast when after the breakfast we have al ittle chat and kutuk mengutuk - i think Bana was the one who always been victim for this kutuk mengutuk.. and Naza i think was the one who excited to tease Bana.. then I realized that it almost 11pm.. then Fuad come and we move to another destination which is Futsal court.. despite being late- amar had book this court on 11pm but we reach there around 11.45pm.. Thanks to Amar for his effort to bring along Futsal attire for us who didnt know there were be futsal that evening.. i forgot to mention that Bana and Mukhlis are take a leave first.. i dont know either Bana has a work to do or he cannot take to being tease - Bana can you explain this.. hehehe.. this futsal are quite tiring for me who almost a few months didnt workout with my body.. even right now i still feel sengal2 on my body.. hehehe.. that the result for those who are always face to face with computer.. after the futsal we decided to lepak at Mamak which i dont know where the Mamak was.. Ask Amar for the place cause he take us there.. as usual time flew.. and 2.30pm we decided to going to back..

for this event i'm enjoy myself because almost all my breakfast i take at my workplace.. then when this event come i'm really looking for this.. event my body feel sengal2, it still make me happy and relieve after long time i unable to see my high school friends, some of them i still can see but some i rarely to see.. right now i'm looking forward for the reunion on Hari Raya.. we been discuss and state to make on 4th Hari Raya.. Naza i count on you.. i think this Raya reunion will be held at Yeh's house.. i'm really looking for this.. hehehe.. Thanks to Mukhlis and Fuad for this lovely photo.. here my report for Batch G4 Reunion and Breakfast.. Later..


"Life.. Make It Wonderfull"
-bddagreat-

Saturday, August 28, 2010

Strategy is all you need!!

So post kali aku nak cita pasal game yang leh kata mesti jadi kewajipan untuk aku main lepas balik keja.. aku rasa semua orang mesti penah main tak pun paling bangsat pun penah tgk orang len men.. nama Game ini adalah RED ALERT 2 Command and Conquer..

game nih memang aku minat walaupun aku rasa game nih time aku skolah lagi.. kira2 8 9 tahun lepas la.. yang membuatkan aku minat gila ngan game nih sebab kena guna strategi, kira kena guna otak yang lebih skit untuk game nih.. memang banyak lagi game yang kena pakai otak tapi bagi aku game nih la yang terbaik utk aku coz dia tak lah smpai nak kena urus suma tentera pastu krna sediakan tool untuk perang la apa la.. game nih simple ja cuma kena wat building n tentera.. pastu fikir nak defend and attack.. dan lagi satu pikir camna nak tambah duit.. itu ja..


klu game len yang dikelaskan game strategik aku rasa ada yang kena kutip resurce mcm baru leh wat building pastu kena jaga citizen.. pastu untuk army plak kena guna resource le lak.. kira agak komplicated gak la.. red alert nih memang sesuai la bagi aku yang suka game strategik tapi taknak la sampai kena jadi bendahara ke perdana menteri lak sampai suma sudut kena jaga.. kira game ni aku cam jadi komander je la.. just pikir macammana nak sedia army pastu defend base aku then how to attack enemy.. jadi aku rasa sesapa yng rasa nak men game strategik tapi taknak la sampai pecah kpla pikir aku rasa game nih memang sesuai.. and last but not least.. game nih tak la makan masa berjam2.. kadang tuh in a 1/4 hour this game can be finish.. so apa tggu lagi.. try la.. bukan rugi apa2 pun..

"life... Make it Fun!!"
-bddagreat-

I'm big suprise... for real Life!!

This is some of words from Old Automatic Garbage...

Smelly air all around me
I’m looking as the sky goes by
garbage kitchen all around me
I’m wondering what a world’s gonna be.

Mix loudly everywhere
I’m making this day as my day
any more down dissolve over there
I’m hoping not long enough small day.

Am I in your horrible world?
An adorable world?

There goes on all around there
I’m watching the rain drop down
I never been so sincere
I’m just been eagerly as I’m now.
Children gathering at the playground
I’m standing straight here like a freak
Surrounding by no way sign
Am I’m ok or am I sick?

This words mean a lot to me.. as i'm now live in rent house so those words can say as exactly as i'm now.. that not mean that my house are smelly, messy and scattered.. just what im going to say that everything on those words i can see and feel it like everyday..


"Life... are you fully prepared?"
-bddagreat-

Tuesday, August 3, 2010

I need Space...



ni aku nak cita skit pasal tadi aku buka youtube.. aku carik la lagu Mizz Nina.. sbb ramai yang kata lagu dia best.. jadi bila dah buka, aku tgk komen kat bawah video tuh.. punya la byk.. tapi yang aku nampak banyak yang mengkomdem dari yang membina.. ni yang wat aku sakit hati nih.. bukan apa.. rata2 video kalu dari Malaysia ni mesti ada org kutuk punya... sebagai contoh aritu aku layan lagu Hujan (aku kurang skit layan hujan nih.. tapi ada lagu memang aku leh layan..) pun ada gak komen yang tak membina.. itu hujan.. pastu aku tgk Dayang Nurfaizah.. Pun sama.. aku igt dia yang tak popular sangat tuh tak da la orang nak komen.. tu pun ada.. sapa lagi.. ahli fikir pun kena.. joe flizzow pun tak leh nak lari.. Siti pun ada gak.. the couple pun sama.. leh kata suma artis kat Malaysia nih mesti ada yang tak puas hati.. aku rasa banyak la aku jumpa cuma aku tak igt.. sebab banyak sangat.. yang wat aku panas nih bukan apa.. kalau dah tak suka tuh jangan la kutuk.. tunjuk la skit kata kita ni Malaysia.. ada adat dan budaya yang terbaik, sopan santun dan terbilang.. ni tak.. dok kutuk dalm youtube.. youtube tu dah la worldwide.. kalu kutujk guna bahasa melayu takpala. tak la ramai yang pham ni dak.. bahasa omputih lak diorg pakai.. aku sendri pun tak paham.. tak tau la nak kata apa la kat oprg yang dok kutuk org tuh.. lagi satu la.. aku rasa artis yang punya lagu ada ka masa nak tgk org post ka tak lagu diorg lam youtube.. pastu lagi la klu nak bca komen yang org bg.. org yang komen tuh lak kononnya nak bagi nasihat la.. tapi masalahnya nasihat tambah ngan kutuk.. pahala ada, dosa pun ada.. lagi satu dia tak rasa ka yang nasihat dia tuh bukannya sampai pun kat artis tuh.. kalau dia betul2 nak nasihat.. tulis la surat ka email ka kat artis tu terus.. ni tak.. nak juga tunjuk kat org yang dia ni power la dalam bab bg nasihat nih... uish.. tak paham aku ngan rakyat Malysia yang makin maju nih.. aku cukup la tuh.. makin panas aku kalu tulis panjang2 nih...

"Life.. Make It Simple"
-bddagreat-

Sunday, August 1, 2010

ERROR ERROR ERROR!!!!

Dua hari lepas aku telah menformatkan komputer aku disebabkan ada file yang aku nak delete tapi takleh nak delete.. aku pun taktau sebab apa file tu takleh nak delete.. abih aku try cari solution tapi tak jadi jugak.. tapi semalam jadi lagi problem sama.. tak leh nak delete file.. file yang aku nak delete tuh format mp4.. jadi lagi skali aku try cari apahal la tak leh nak delete.. abih cari punya cari last skali aku try uninstall media player clasic aku.. tup2 leh la plak nak delete.. aku pun try kaji sebab apa mpc aku wat hal.. baru aku tau rupanya mpc aku version 5.0 ni tak compatible ngan pc aku.. aku upgrade mpc jadi 6.0 trus ok.. so senang ati la aku.. klu tidak kena format lagi la pc aku kalo aku tak jumpa punca problem nih... so disini aku nak nasihatkan sapa yang pakai codec mpc 5.0 full version pastu guna window xp baik upgrade ke version 6.0.. lagipun version 6.0 nih cam best je pakai... itu saja cerita yang aku nak kongsi hari nihh.. sapa2 yang ada problem ngan komputer leh la nak tanya aku.. kalo aku leh setle aku bgtau...

kalo nak donlot klick kat sini...

ni rupa player mpc tuh..

















"life.. just make your step up.."
-bddagreat-

Friday, July 23, 2010

i am asian!!

ni aku ada nak review beberapa movie yang aku rasa best la untuk di tatapi dan dilihati.. sebelum tu aku nak bagitahu yang aku ni lebih suka tengok movie or drama dari asia lebih senang dipanggil dasar pandang ke timur tapi untuk movie la.. jadi aku tak kisah la movie tu dari jepun ke korea ke filipina ke china ke laos ke indon ke mana lagi negara asia aku tak sebut tu.. kira janji movie tu dari asia aku layan.. ada gak la movie barat aku layan, tapi tak banyak la.. sekarang ni aku nak review movie n drama dari jepun dulu la. sebab lam portable harddisk aku byk movie n drama jepun.. hehehe.. antara drama yang aku minat adalah Nodame Cantabile, Nobuta Wo Produce, Dragon Zakura n kekkon Dekinai Otoko.. aku letak gambar drama ni kat bawah leh la tgk.. kalo nak link donlot leh la gi laman web nih.. klik sini...
nodame cantabile

Dragon Zakura

Nobuta Wo Produce

kekkon Dekinai Otoko

Drama2 nih aku layan sebab ada isu dan kisah yang tersirat yang lhe la kita guna n amik untuk kita lebih terbuka skit fikiran tuh.. macam nodame tuh aku minat sebab muzik klasik yang jarang la untuk aku nak dengar.. tapi sebab cita tu aku dah jadi minat ngan muzik2 okestra nih.. layan gak okestra nih.. aku rasa setakat ni dulu sebab dah tak da idea nak tulis apa... chow..

"life is journey"
-bddagreat-

Sunday, May 30, 2010

music... my flashback...

Ni aku nak cita pasal muzik yang aku dengar time form 2 n 3 kot aku pun tak igt.. nama dia La Compilation 100% Punk Rock (gambar kat bawah).. sebelum tape (masa tu mp3 pun aku tak tau wujud ke tak lagi...) ni kena buang oleh tut... besa time tu memang org tak bagi klu budak2 layan lagu camni.. takut merosakkan akhlak la konon.. besa time tu tak ramai lagi masyarakat kat kawasan aku yang terbuka minda diorg.. lagu ni pun aku leh dengar sebab aku ternampak kat kedai kaset oldskool la.. kira lbh kurang kedai runcit ja (kedai ni pun dah takda dah aku rasa).. harga pun murah ja.. jadi aku beli.. fisrt lagu kuar lagu a free england.. aku dengar muzik dia simple ja pastu tempo agak laju campur dengan suara yang agak kecik.. memang masyuk la lagu nih.. terus aku dengar sampai abih satu album.. disebabkan minat yang amat sangat aku sanggup merewindkan lagu sampai berkali2 kes dia aku nak tulis lirik lagu tuh.. time tu kan internet jgn harap la aku tau leh cari lirik.. tapi seigt aku la tape tu tak lama dalam simpanan aku setelah tape itu my ***** nampak terus dia buang siap aku kena la ceramah skit pasal dengar lagu macam tuh.. itula time dlu org memang tgk luaran ja.. trus syak wasangka padahal diorg tu yang taknak paham.. try doirg dengar album nih.. aku yakin nya lah mau takmau adala lam 2,3 lagu yang sangkut punya.. tapi itu la realiti yang menyedarkan aku bahawa aku masih di bumi Malaysia.. uih na ayat,.. hehe.. tapi benda ni pun dah lama dah.. tu yang tgh usaha carik balik lagu2 dalam album nih.. harap2 dapat la aku kumpul suma lgu nih..




album ni adalah album campuran band2 punk dari luar negara dimana lagu2 dalam album ni memang leh katakan superb la bagi aku.. bukan apa lagu2 ni memang bagi aku asli punk bukan macam good charlotte ke band2 punk rock zaman sekarang.. lagu2 dia memang simple dan maksud lirik dia pun lebih kepada hidup untuk independent.. aku try cari lam internet tapi memang susah betul nak jumpa lagu klasik macam nih.. gambar ni pun nasib la ada lam ebay.. leh copy.. ni antara list lagu dia yang aku masih igt la.. tapi aku tak dapat la plak nak cari link nak donlot lagu nih.. klu sapa ada leh la bagi link donlot kat aku..

01 - The Sect – A free England
02 - Red London – Revolution times
03 - Deviators - Century 21
04 - Distorted Truth – Little Sid
05 - Zabriskie Point - Punk
06 - PKRK - Marie BB
07 - Red Alert – District boredom
08 - Major Accident - Terrorist gang
09 - New Rose – When you feel like dying
10 - Shocktroops - You better not say no
11 - Outcats - Frustration

lagu2 yang aku boldkan tu adalah lagu2 yang paling aku minat dalam album ni.. leh kata time kecik dlu aku hafal la lagu tu.. la aku dah tak igt sangat lirik cuma rentak tu aku masih igt la.. ok setakat ni dlu aku tulis.. review muzik ni pun aku buat sebab aku dapat dengar lagu little sid kat lam youtube tu yang leh teringat nak tulis kat lam blog nih..

"L.I.F.E."
-bddagreat-