Tuesday, May 31, 2011

HOW TO MAKE A MAN & WOMAN HAPPY??



How to make a man and woman happy ?

To make a woman happy ..... A man only needs to be:

1. A friend

2. A companion

3. A lover

4. A brother

5. A father

6. A master

7. A chef

8. An electrician

9. A carpenter

10. A plumber

11. A mechanic

12. A decorator

13. A stylist

16. A psychologist

17. A pest exterminator

18. A psychiatrist

19. A healer

20. A good listener

21. An organizer

22. A good father

23. Very clean

24. Sympathetic

25. Athletic

26. Warm

27. Attentive

28. Gallant

29. Intelligent

30. Funny

31. Creative

32. Tender

33. Strong

34. Understanding

35. Tolerant

36. Prudent

37. Ambitious

38. Capable

39. Courageous

40. Determined

41. True

42. Dependable

43. Passionate

WITHOUT FORGETTING TO :

44. Give her compliments regularly

45. Love shopping

46. be honest

47. be very rich

48. Not stress her out

49. Not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

50. Give her lots of attention, but expect little yourself

51. Give her lots of time, especially time for herself

52. Give her lots of space, never worrying about where she goes


IT IS VERY IMPORTANT:

53. Never to forget:

* Birthdays

* Anniversaries

* Arrangements she makes

&

HOW TO MAKE A MAN HAPPY:

1. Leave him alone !!! (one and only)



"Life...its demanding....."

-bddagreat-

Monday, May 16, 2011

IRAU!!!


Tarikh : 6-8 Mei 2011

Tempat : Asli Lodge, Tanah Rata, Berinchang dan Puncak Irau serta kawasan sekitar Cameron Highland.

Peserta : seramai 13 orang peserta dan 3 orang guide.

1st day.

9.00 pm – bertolak dari UPM, sebanyak 9 orang (Bd, Gaban, Che Ton, Aswad, Fizah, Ekin, Yat, Goku, Gambang manakala Dr Azlizam, Ah Seng, Evy dan kak Emi bertolak lebih awal) dan 3 buah kereta persendirian digunakan. Dalam perjalanan singgah di kawasan rehat dan rawat PLUS untuk berehat dan mengisi perut. Perjalanan diteruskan untuk sehingga tol Tapah. Bayaran tol bernilai RM19.40 dikenakan dari tol Duta hingga Tapah.

1.30 am – selamat sampai ke Tanah Rata, cik Evy sampai untuk menjemput ke kawasan penginapan di Asli logde, Tanah Rata. Sampai di Asli logde, bersiap untuk berehat. Kami dikenakan bayaran sebanyak RM150 semalam unutk chalet yang kami menginap.


2nd day,

7.30 am – bersiap dan bertolak ke Tanah Rata untuk bersarapan,

9.00 am – bertolak ke puncak Berinchang, tempat permulaan untuk mendaki puncak Irau. Setelah bersiap, kami bertolak diiringi cik guide. Seramai tiga orang guide yang berpengalaman diupah untuk mengiringi iaitu, Daus, Jamal dan Lan. Perjalanan pada peringkat awal adalah melalui boardwalk dan kemudian melalui kawasan berlumut dan dan macam kawasan paya (sepanjang perjalanan tanah adalah berpaya, lumpur. Dinasihatkan supaya memakai attire yang sesuai untuk mendaki gunung ini seperti memakai kasut, memakai long sleeve dan sarung tangan untuk menjaga badan anda.) kebanyakan perjalanan untuk ke puncak Irau ini adalah menurun dan menaik. Kita akan mendaki dan juga memanjat dimana ada laluan yang anda terpaksa menggunakan tangan untuk menaik dan menurun. Bagi yang jarang menaiki gunung dan kurang bersenam dinasihatkan supaya bersenam untuk persediaan menaiki gunung Irau ini kerana jika tidak peratusan untuk anda semput dan pewai atau moral down adalah tinggi. Sepanjang perjalan menuju ke puncak Irau, beberapa puncak palsu akan dijumpai (jika anda pernah menaiki Gunung Nuang, maka anda akan sampai ke puncak Pengasih dahulu sebelum puncak sebenar.) seperti Puncak cucu Irau, Baby Irau dan Puncak sebenar. Kami telah berehat di Baby Irau sebelum meneruskan perjalanan kami menuju ke puncak. Perjalanan kami menuju ke puncak Irau memakan masa hamper 4 jam.

1.00 pm – dianggarkan lebih kurang jam 1.00 pm kami sampai ke puncak Irau. Keadaan puncak yang agak terbuka dapat memberi peluang kepada kami untuk melihat kawasan keliling. Kami berehat dan juga menikmati makan tengahari kami di puncak. Apa yang agak mengecewakan disini ada sedikit longgokan sampah yang telah dibuang oleh insan yang tiada kesedaran sivik. Setelah berehat dan bergambar. Kami meneruskan perjalan turun untuk ke kawasan permulaan kami semula.

2.00 pm – kami semua bersiap untuk menuruni puncak ini. Sebelum bertolak kami sempat mengutip sampah yang berlonggok itu untuk dibawa turun sambil dibantu oleh guide. Perjalanan menurun adalah sama seperti menaiki gunung Irau. Perjalanan yang mencabar ini memerlukan semangat yang tinggi untuk menuju ke puncak berinchang. Disebabkan tenaga yang semakin berkurangan perjalanan turun adalah lebih santai dan perlahan berbanding semasa menaiki puncak Irau. Udara dikawasan gunung tersebut semakin sejuk dan kabus makin meningkat sehingga visibility adalah rendah apabila hari makin menjelang senja. Hujan renyai2 di separuh perjalan untuk menuju ke Berinchang. Saya sendiri hampir putus asa apabila sudah separuh perjalan turun dirempuhi. Dan apabila sampai dikawasan boardwalk, badan seakan segar dan bersemangat untuk menuju ke tempat permulaan.

.

6.00 – 7.00 – sekitar jam 6 – 7 pm kami (group paling lambat) sampai ke puncak berinchang. Dan bersiap untuk bertolak kembali ke Asli lodge. Apabila sampai di Asli lodge, kami membersihkan diri untuk keluar ke kawasan sekitar unutk menikmati makan malam. Kami sempat melawat pasar malam di sana yang rata2 menjual buah strawberi dan jagung rebus. Kami menikmati makan malam di sebuah restoran berdekatan. Selepas makan dan melepak sambil menceritakan pengalaman yang kami tempuh kami membuat keputusan untuk balik ke Asli lodge untuk berehat dan tidur. Sedikit peristiwa yang melucukan berlaku apabila kereta yang dinaiki oleh saya, Evy, Gambang dan Goku di mana tempat meletak kereta telah pun ditutup, jadi kerata yang kami naiki tak dapat dikeluarkan. Setelah meminta bantuan dari orang berhampiran kami dapat menghubungi orang yang bertugas kereta kami dapat dikelaurkan walaupun sebenarnya pintu pagar tersebut tidak dikunci. Selepas itu kami bergegas pulang.

3rd day

8.00 am – kebanyakan dari kami sudah pun bangun dari tidur dan difahamkan Dr Azlizam dan En.Sazali (Ah Seng) telah pulang bersama Ayob dan Kak Emi. Ini kerana kereta yang mereka naiki ingin digunakan Fakulti pada hari tersebut. Kami bersarapan di Asli Lodge sahaja kerana Evy dan Aswad telah pergi membeli sarapan di kawasan berdekatan. Selepas itu Evy dan Gambang pulang lebih awal kerana ada urusan masing2 dan kami yang lain menunggu cik guide untuk membawa durian. Tiada aktiviti yang berat dilakukan dimana kami hanya berehat dan bersembang di Asli Lodge.

12.00 pm – kami bersiap untuk pulang setelah guide sampai. Sebelum pulang kami merancang untuk bersiar dikawasan berinchang serta membeli buah tangan untuk di bawa balik. Nasib malang meninpa kak Yat kita apabila kereta yang dinaikinya telah disaman diatas kesalahan parking. Selepas itu kami bertolak ke kawasan pengeluar teh terkemuka di Malaysia iaitu Syarikat Teh Boh. Disana kami menikmati secawan teh dan sedikit dessert sambil melihat permandangan yang indah serta uadara yang nyaman dan dingin. Selepas itu kami kekawasan lading strawberi kerana Che Ton teringin untuk merasa sendiri pengalaman memetik buah Strawberi. Kami kemudian bertolak pulang mengikuti jalan ke simpang pulai kerana jalan tersebut agak baik dan tidak mempunyai selekoh yang berbahaya.


7.00 pm – kami singgah disimpang pulai untuk menikmati makan malam disebuah restoran berdekatan. Selepas makan malam kami masing berpisah mengikut kereta yang di naiki masing2.

11.00 pm – sampai di UPM setelah menghantar Hafizah pulang. Kemudian kami masing pulang ke kediaman masing2.

Kesimpulan

Perjalanan mendaki Irau adalah sangat mencabar bagi saya. Agak menyesal kerana tidak bersenam dan berjoging untuk naikkan stamina dari awal. Lagi satu attire adalah sangat penting dimana pengalaman mengajar saya supaya memakai kasut adalah lebih efektif dari sandal kerana pada semasa mendaki gunugn tersebut saya memakai sandal itu adalah perkara yang paling saya kesali. Tapi apapun trip ke Irau adalah sangat menyeronokkan.

“Life.... is travel....”

-bddagreat-