Tuesday, May 31, 2011

HOW TO MAKE A MAN & WOMAN HAPPY??



How to make a man and woman happy ?

To make a woman happy ..... A man only needs to be:

1. A friend

2. A companion

3. A lover

4. A brother

5. A father

6. A master

7. A chef

8. An electrician

9. A carpenter

10. A plumber

11. A mechanic

12. A decorator

13. A stylist

16. A psychologist

17. A pest exterminator

18. A psychiatrist

19. A healer

20. A good listener

21. An organizer

22. A good father

23. Very clean

24. Sympathetic

25. Athletic

26. Warm

27. Attentive

28. Gallant

29. Intelligent

30. Funny

31. Creative

32. Tender

33. Strong

34. Understanding

35. Tolerant

36. Prudent

37. Ambitious

38. Capable

39. Courageous

40. Determined

41. True

42. Dependable

43. Passionate

WITHOUT FORGETTING TO :

44. Give her compliments regularly

45. Love shopping

46. be honest

47. be very rich

48. Not stress her out

49. Not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

50. Give her lots of attention, but expect little yourself

51. Give her lots of time, especially time for herself

52. Give her lots of space, never worrying about where she goes


IT IS VERY IMPORTANT:

53. Never to forget:

* Birthdays

* Anniversaries

* Arrangements she makes

&

HOW TO MAKE A MAN HAPPY:

1. Leave him alone !!! (one and only)



"Life...its demanding....."

-bddagreat-

Monday, May 16, 2011

IRAU!!!


Tarikh : 6-8 Mei 2011

Tempat : Asli Lodge, Tanah Rata, Berinchang dan Puncak Irau serta kawasan sekitar Cameron Highland.

Peserta : seramai 13 orang peserta dan 3 orang guide.

1st day.

9.00 pm – bertolak dari UPM, sebanyak 9 orang (Bd, Gaban, Che Ton, Aswad, Fizah, Ekin, Yat, Goku, Gambang manakala Dr Azlizam, Ah Seng, Evy dan kak Emi bertolak lebih awal) dan 3 buah kereta persendirian digunakan. Dalam perjalanan singgah di kawasan rehat dan rawat PLUS untuk berehat dan mengisi perut. Perjalanan diteruskan untuk sehingga tol Tapah. Bayaran tol bernilai RM19.40 dikenakan dari tol Duta hingga Tapah.

1.30 am – selamat sampai ke Tanah Rata, cik Evy sampai untuk menjemput ke kawasan penginapan di Asli logde, Tanah Rata. Sampai di Asli logde, bersiap untuk berehat. Kami dikenakan bayaran sebanyak RM150 semalam unutk chalet yang kami menginap.


2nd day,

7.30 am – bersiap dan bertolak ke Tanah Rata untuk bersarapan,

9.00 am – bertolak ke puncak Berinchang, tempat permulaan untuk mendaki puncak Irau. Setelah bersiap, kami bertolak diiringi cik guide. Seramai tiga orang guide yang berpengalaman diupah untuk mengiringi iaitu, Daus, Jamal dan Lan. Perjalanan pada peringkat awal adalah melalui boardwalk dan kemudian melalui kawasan berlumut dan dan macam kawasan paya (sepanjang perjalanan tanah adalah berpaya, lumpur. Dinasihatkan supaya memakai attire yang sesuai untuk mendaki gunung ini seperti memakai kasut, memakai long sleeve dan sarung tangan untuk menjaga badan anda.) kebanyakan perjalanan untuk ke puncak Irau ini adalah menurun dan menaik. Kita akan mendaki dan juga memanjat dimana ada laluan yang anda terpaksa menggunakan tangan untuk menaik dan menurun. Bagi yang jarang menaiki gunung dan kurang bersenam dinasihatkan supaya bersenam untuk persediaan menaiki gunung Irau ini kerana jika tidak peratusan untuk anda semput dan pewai atau moral down adalah tinggi. Sepanjang perjalan menuju ke puncak Irau, beberapa puncak palsu akan dijumpai (jika anda pernah menaiki Gunung Nuang, maka anda akan sampai ke puncak Pengasih dahulu sebelum puncak sebenar.) seperti Puncak cucu Irau, Baby Irau dan Puncak sebenar. Kami telah berehat di Baby Irau sebelum meneruskan perjalanan kami menuju ke puncak. Perjalanan kami menuju ke puncak Irau memakan masa hamper 4 jam.

1.00 pm – dianggarkan lebih kurang jam 1.00 pm kami sampai ke puncak Irau. Keadaan puncak yang agak terbuka dapat memberi peluang kepada kami untuk melihat kawasan keliling. Kami berehat dan juga menikmati makan tengahari kami di puncak. Apa yang agak mengecewakan disini ada sedikit longgokan sampah yang telah dibuang oleh insan yang tiada kesedaran sivik. Setelah berehat dan bergambar. Kami meneruskan perjalan turun untuk ke kawasan permulaan kami semula.

2.00 pm – kami semua bersiap untuk menuruni puncak ini. Sebelum bertolak kami sempat mengutip sampah yang berlonggok itu untuk dibawa turun sambil dibantu oleh guide. Perjalanan menurun adalah sama seperti menaiki gunung Irau. Perjalanan yang mencabar ini memerlukan semangat yang tinggi untuk menuju ke puncak berinchang. Disebabkan tenaga yang semakin berkurangan perjalanan turun adalah lebih santai dan perlahan berbanding semasa menaiki puncak Irau. Udara dikawasan gunung tersebut semakin sejuk dan kabus makin meningkat sehingga visibility adalah rendah apabila hari makin menjelang senja. Hujan renyai2 di separuh perjalan untuk menuju ke Berinchang. Saya sendiri hampir putus asa apabila sudah separuh perjalan turun dirempuhi. Dan apabila sampai dikawasan boardwalk, badan seakan segar dan bersemangat untuk menuju ke tempat permulaan.

.

6.00 – 7.00 – sekitar jam 6 – 7 pm kami (group paling lambat) sampai ke puncak berinchang. Dan bersiap untuk bertolak kembali ke Asli lodge. Apabila sampai di Asli lodge, kami membersihkan diri untuk keluar ke kawasan sekitar unutk menikmati makan malam. Kami sempat melawat pasar malam di sana yang rata2 menjual buah strawberi dan jagung rebus. Kami menikmati makan malam di sebuah restoran berdekatan. Selepas makan dan melepak sambil menceritakan pengalaman yang kami tempuh kami membuat keputusan untuk balik ke Asli lodge untuk berehat dan tidur. Sedikit peristiwa yang melucukan berlaku apabila kereta yang dinaiki oleh saya, Evy, Gambang dan Goku di mana tempat meletak kereta telah pun ditutup, jadi kerata yang kami naiki tak dapat dikeluarkan. Setelah meminta bantuan dari orang berhampiran kami dapat menghubungi orang yang bertugas kereta kami dapat dikelaurkan walaupun sebenarnya pintu pagar tersebut tidak dikunci. Selepas itu kami bergegas pulang.

3rd day

8.00 am – kebanyakan dari kami sudah pun bangun dari tidur dan difahamkan Dr Azlizam dan En.Sazali (Ah Seng) telah pulang bersama Ayob dan Kak Emi. Ini kerana kereta yang mereka naiki ingin digunakan Fakulti pada hari tersebut. Kami bersarapan di Asli Lodge sahaja kerana Evy dan Aswad telah pergi membeli sarapan di kawasan berdekatan. Selepas itu Evy dan Gambang pulang lebih awal kerana ada urusan masing2 dan kami yang lain menunggu cik guide untuk membawa durian. Tiada aktiviti yang berat dilakukan dimana kami hanya berehat dan bersembang di Asli Lodge.

12.00 pm – kami bersiap untuk pulang setelah guide sampai. Sebelum pulang kami merancang untuk bersiar dikawasan berinchang serta membeli buah tangan untuk di bawa balik. Nasib malang meninpa kak Yat kita apabila kereta yang dinaikinya telah disaman diatas kesalahan parking. Selepas itu kami bertolak ke kawasan pengeluar teh terkemuka di Malaysia iaitu Syarikat Teh Boh. Disana kami menikmati secawan teh dan sedikit dessert sambil melihat permandangan yang indah serta uadara yang nyaman dan dingin. Selepas itu kami kekawasan lading strawberi kerana Che Ton teringin untuk merasa sendiri pengalaman memetik buah Strawberi. Kami kemudian bertolak pulang mengikuti jalan ke simpang pulai kerana jalan tersebut agak baik dan tidak mempunyai selekoh yang berbahaya.


7.00 pm – kami singgah disimpang pulai untuk menikmati makan malam disebuah restoran berdekatan. Selepas makan malam kami masing berpisah mengikut kereta yang di naiki masing2.

11.00 pm – sampai di UPM setelah menghantar Hafizah pulang. Kemudian kami masing pulang ke kediaman masing2.

Kesimpulan

Perjalanan mendaki Irau adalah sangat mencabar bagi saya. Agak menyesal kerana tidak bersenam dan berjoging untuk naikkan stamina dari awal. Lagi satu attire adalah sangat penting dimana pengalaman mengajar saya supaya memakai kasut adalah lebih efektif dari sandal kerana pada semasa mendaki gunugn tersebut saya memakai sandal itu adalah perkara yang paling saya kesali. Tapi apapun trip ke Irau adalah sangat menyeronokkan.

“Life.... is travel....”

-bddagreat-

Friday, April 22, 2011

In Search Of Noah's Ark...



baru2 nih aku ada baca buku tentang bahtera Nabi Nuh.. buku dia menceritakan tentang penemuan satu objek misteri yang berbentuk lebih kurang macam kotak kasut bersaiz besar diatas sebuah gunung di negara turki bernama gunung Ararat. Objek tu dipercayai adalah bahtera Nabi Nuh yang digunakan pada kejadian banjir besar yang menenggelamkan dunia ini pada lebih kurang 5000 tahun dahulu. apa yang menarik disini adalah penemuan ini telah lama berlaku tetapi ianya disorokkan oleh satu badan berkuasa besar didunia ini. ini dipercayai disorokkan disebabkan pihak tersebut tidak mahu sejarah yang dicipta oleh mereka nampak macam direka2. sebab apa aku cakap diorang takut sangat penemuan bahtera nabi Nuh ini diketahui.. ok, sebelum tuh meh aku ceritakan serba sedikit kejadian banjir besar ini.

seperti yang kita sedia maklum bagi seorang muslim. Allah telah menyuruh nabi Nuh untuk menyediakan satu bahtera untuk nabi dan juga kaum2nya yang mengikut nabi Nuh untuk menyelamatkan mereka dari bala bencana yang akan Allah turunkan diatas kejahilan masyarakat ketika itu. dipercayai bahtera itu mengambil masa selama 100 tahun untuk siap, jangan kita berasa pelik, difahmkan umur nabi nuh mencapai 600tahun. mungkin orang zaman dahulu memang dapat hidup panjang disebabkan populasi manusia didunia pada masa itu sangat sedikit. Nabi nuh adalah nabi keempat dan rasul ketiga serta keturunan kesembilan dari nabi Adam. jadi dapat kita bayangkan berapa ramai populasi manusia pada masa itu. selepas bahtera itu siap, Allah telah menurunkan bala yang mana merupakan banjir yang besar. ianya terhasil dari hujan yang sangat lebat dan juga bumi yang mengeluarkan air yang sangat banyak selama 44 hari tanpa henti. selepas hujan berhenti. Nabi telah belayar selama 360 hari untuk menunggu air banjir itu surut. selepas 360 hari nabi melepaskan burung merpati untuk mencari daratan tetapi merpati tersrbut pulang semula ke bahtera kerana tiada lagi daratan yang dijumpai. selapas 7 hari nabi melepaskan gagak untuk meninjau daratan, kemudian gagak tersebut tidak pulang maka daratan pun dapat dijumpai. mengikut kitab suci Al-Quran, bahtera nabi berlabuh digunung Judie dikawasan berdekatan Turki. selepas berlabuh bahtera ini maka turunlah nabi dan pengikutnya dikawasan tersebut dan memajukan kawasan tersebut. dipercayai tamadun baru bermula dikawasan tersebut dimana kita dapat lihat Babylon dan dan piramid dan macam lagi banyak terdapat dikawasan sana.


ok apa yang dapat kita lihat disini adalah peristiwa ini berlaku pada masa 5000 tahun yang lepas dimana jika mengikut sejarah kita belajar kat sekolah yang mana sejarah ni diciptakan oleh kuasa2 besar dunia, pada masa itu adalah masih lagi dalam zaman mesolitik dimana zaman batu baru. kira manusia ni masih lagi hidup nomad dan masih mengunakan batu sebagai senjata. tetapi jika dilihat dari segi bahtera nabi Nuh, kita dapat lihat betapa majunya tamadun pada masa itu dimana dapat menghasilkan pengungkutan laut pertama didunia. mengikut kata sainstis, bahtera yang diperbuat oleh nabi Nuh adalah paling stabil sekali dan adalah mustahil bagi manusia pada zaman mesolitik dapat mencipta benda yang sebesar panjang 5 padang bola ini dan seberat 14000 tan ini untuk mampu timbul dan stabil bila berada dilautan.

oleh sebab itulah kuasa besar cuba untuk menyembunyikan penemuan ini. penemuan pertama adalah pada tahun 1840. jika penemuan ini dibongkar maka ramai yang akan mempersoalkan tentang sejarah yang dicipta oleh kuasa2 besar ini. sejarah yang mengabui mata manusia tentang kewujudan tamadun yang maju. Islam menyuruh umatnya untuk mempelajari sejarah tentang Nabi dan Rasulnya kerana sejarah itu memang tiada penipuan dan cacat cela. masih banyak lagi sejarah yang menunjukkan tamadun pada masa ribuan tahun dahulu adalah maju dan membangun cuma bila sesuatu tamadun itu dah sangat maju maka akan wujud malapetaka yang akan membuatkan tamadun tersebut hilang didunia.

kesimpulan disini, marilah kita belajr tentang sejarah nabi2 dan rasul2 kita untuk tidak kita ditipu oleh kuasa2 besar yang ingin menjadikan mereka sebagai tokoh2 dan idola orang ramai.

"Life.... never lies..."
-bddagreat-

Tuesday, March 29, 2011

sleep qoutes...


"i think sleeping was my problem in school. if school had started at four in the afternoon, i'd be a college graduate today"

"all the sleep i ever needed is five minutes more"

"without enough sleep, we all become tall two year olds"

"a good laugh and a long sleep are the best cures in the doctor's book."

"sleep is death without the responsibility."

"GOT THAT? there's a new type of alarm clock on the market. it makes no noise. it uses lights and gets brighter and brighter until you wake up. i already have one of these. it's called a window."

"Life.. goes on, even when you sleep.."
-bddagreat-

Friday, March 25, 2011

Akhirnya sempurna.....


tadi aku melayan lagu mantera beradu, m nasir ngan malique.. kat lagu tuh dia ada verse yang memang aku tertarik..

" ijazah terbaik datang dari jalanan, dari pengalaman, bercakap dan bersalaman.."

memang kena la dengan aku sekarang yang tgh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana. bukan apa dari verse tu aku faham sebab apa dia cakap macam tu.. kalau nak diikutkan sekarang aku tengok ramai student yang peringkat sarjana dan doktor falsafah ni rata2 mengambil masa yang lama dari sepatutnya untuk menyiapkan ijazah mereka. jadi aku setuju sangat bila lagu cakap ijazah terbaik datang dari jalanan. bukan apa, aku pun try apa yang dia cakap tuh.. memang betul banyak idea ngan problem statement untuk research aku datang daripada kawan aku yang diorang pun bukan nya dah ada master. tapi diorang cakap dari pengalaman diorang. jadi kepada sahabat2 yang tgh membuat ijazah macam aku ataupun yang lebih upgrade dari aku nih.. cuba2 la lepak2 ngan member yang besa nih pastu try la minta pendapat diorang.. biar la pendapat apapun diorang bagi jangan reject terus.. amik tgk mana yang boleh pakai. jangan nak harapkan golongan profesional ja.. memang golongan nih pakar tapi ada juga benda yang mereka terlepas pandang.. lagi pun bila kita selalu kat ats kita tak nampak apa yang ada kata bawah.. so kita kan nak research benda yang kat bawah untuk dibaiki dan dapat dibawa keatas.. so kita kenalah bergaul, bersosial dengan suma orang tak kira siapa pun mereka nih sebab mana tahu dengan bergaul, bersosial dengan suma orang dapat membantu kita dalam mempercepatkan proses research kita...

bercakap dari pengalaman...

"Life.... you're not alone..."
-bddagreat-

Wednesday, February 23, 2011

Study = Fail..

Baru2 nih aku ada la surf internet tgk pasal joke2 yang best2 dalam internet nih.. ada satu joke ni yang aku minat... dia ada wat cam pengiraan dalam math bab persamaan.. kat bawah nih dia punya cara kira dia..

diberi, Study = NoFail, dan No Study = Fail,

so,

1. Study + No Study = Fail + No Fail

2. Study ( 1 + No ) = Fail ( 1 + No )

3. Study ( 1 + No ) = Fail
----------------
( 1 + No )

maka, Study = Fail

jadi kat sini kita nampak bahwa kalo study pun memang bleh fail gak.... so bek takyah studi.. hehehe.. tak dak la camtuh maksudnya.. kalo kita tgk ngan faham kan balik kita mesti dapat nampak yang kalo just study je kita memang fail.. untuk tak mau bagi fail bila study, try kita study pastu apa yang kita studi tuh kita apply, kalo tak leh nak apply, carik la member kita untuk kita lecture dia apa yang kita study. kira kalo nak bagi nampak dari segi math ni camni la formula dia,.

Study + teach + apply = No Fail...

"Life.... Not just learning..."

-bddagreat-

Friday, January 14, 2011

Sudoku... melting your mind...


Sudoku... aku rasa ramai yang dah tau apa benda tuh.. sudoku adalah sejenis permainan yang memerlukan minda kita bekerja keras untuk menyelasaikannya.. sudoku ni adalah salah satu feveret aku selain minesweeper ngan kiub rubik... bukan apa benda ni dapat wat minda kita berfikir lebih daripada biasa, senang cakap kena fikir luar kotak skit.. sebab kalo paralel thinking nih memang akan mengusutkan lagi jalan untuk kita selesaikan game nih..


sudoku nih permainan ciptaan org jepun.. tapi sebenarnya permainan nih dah lama dah wujud masa zaman ancient cina dulu la.. time tuh org yang berilmu diorg men game nih.. game nih simple sahaja.. dimana kita mesti mengisi kotak kosong dengan nombor2 dari 1-9.. tapi nombor tuh mesti tak berdouble kat line dan dalam kotak kecik..


permainan ni lebih kepada penggunaan kebarangkalian dalam math.. takkan tak belajr kot kebarangkalian.. jadi game nih mesti mudah la bagi org yang gemar kan matematik.. buku2 game sudoku nih bayk kat pasaran.. aku leh kata setiap kedai buku yang aku gi mesti ada jual sudoku nih.. dari yang mudah sampai yang tahap pakar pun ada.. jadi bagi member2 yang rasa otak dia dah lama dah beku.. baik men game nih.. kalau tak tau leh pm aku..

"Life... is infinity..."
-bddagreat-

Thursday, January 13, 2011

FLIP......

ok post kali ni aku bercerita pasal henpon idaman aku.. iaitu Blackberry Pearl Flip 8220... memang henpon nih dah lama aku nak beli.. apa yang wat henpon nih nak aku miliki adalah kerana design henpon nih adalah flip.. bahasa standard henpon lipat.. aku memang minat henpon lipat2 nih.. sebelum nih pun aku pakai motorola v360.. flip juga.. cuma henpon tu dah sampai jangka hayat dia sudah..


pasal henpon nih memang dah banyak kali aku nak g beli tapi memang tak penah dapt.. aku pun kadang2 tak pahm juga.. aku lama juga la kumpul duit untuk beli henpon nih last2 bila duti dah mencukupi... aku kena saman pulak.. dah la rm600 polis tuh saman aku.. nih suma gara2 dia pow duit aku, aku tak bagi.. mana bleh rasuah2 nih.. dosa tau.... tu yang polis tu panas tuh. trus kow2 punya dia saman... hancur harapan aku nak beli henpon flip nih..


aku rasa ada hikmah disebalik kejadian nih.. tuhan nak suruh aku try appreciate henpon pemberian mak n abg aku.. mungkin tuhan nak aku try pakai dulu nokia navigator aku nih.. mana tau aku bleh blah ngan henpon nih.. jadi wat masa sekarang aku try pakai henpon nokia aku nih sebaik mungkin... dan sambil tuh aku collect duit lagi untuk aku beli henpon blackberry flip nih.. aku tau ramai cakap alang2 nak pakai henpon nih biar yang cam iphone4 ke.. baru best.. tapi aku bukan budak yang ikut sangat kemajuan henpon nih.. janji leh mms, sms, ngan call sudah.. yang penting design henpon tuh yang leh beri aku kepuasan.. baru betul...

ok post kali nih sampai kat sini ja... Later...

"Life.... archive your dreams..."
-bddagreat-