Friday, April 22, 2011

In Search Of Noah's Ark...



baru2 nih aku ada baca buku tentang bahtera Nabi Nuh.. buku dia menceritakan tentang penemuan satu objek misteri yang berbentuk lebih kurang macam kotak kasut bersaiz besar diatas sebuah gunung di negara turki bernama gunung Ararat. Objek tu dipercayai adalah bahtera Nabi Nuh yang digunakan pada kejadian banjir besar yang menenggelamkan dunia ini pada lebih kurang 5000 tahun dahulu. apa yang menarik disini adalah penemuan ini telah lama berlaku tetapi ianya disorokkan oleh satu badan berkuasa besar didunia ini. ini dipercayai disorokkan disebabkan pihak tersebut tidak mahu sejarah yang dicipta oleh mereka nampak macam direka2. sebab apa aku cakap diorang takut sangat penemuan bahtera nabi Nuh ini diketahui.. ok, sebelum tuh meh aku ceritakan serba sedikit kejadian banjir besar ini.

seperti yang kita sedia maklum bagi seorang muslim. Allah telah menyuruh nabi Nuh untuk menyediakan satu bahtera untuk nabi dan juga kaum2nya yang mengikut nabi Nuh untuk menyelamatkan mereka dari bala bencana yang akan Allah turunkan diatas kejahilan masyarakat ketika itu. dipercayai bahtera itu mengambil masa selama 100 tahun untuk siap, jangan kita berasa pelik, difahmkan umur nabi nuh mencapai 600tahun. mungkin orang zaman dahulu memang dapat hidup panjang disebabkan populasi manusia didunia pada masa itu sangat sedikit. Nabi nuh adalah nabi keempat dan rasul ketiga serta keturunan kesembilan dari nabi Adam. jadi dapat kita bayangkan berapa ramai populasi manusia pada masa itu. selepas bahtera itu siap, Allah telah menurunkan bala yang mana merupakan banjir yang besar. ianya terhasil dari hujan yang sangat lebat dan juga bumi yang mengeluarkan air yang sangat banyak selama 44 hari tanpa henti. selepas hujan berhenti. Nabi telah belayar selama 360 hari untuk menunggu air banjir itu surut. selepas 360 hari nabi melepaskan burung merpati untuk mencari daratan tetapi merpati tersrbut pulang semula ke bahtera kerana tiada lagi daratan yang dijumpai. selapas 7 hari nabi melepaskan gagak untuk meninjau daratan, kemudian gagak tersebut tidak pulang maka daratan pun dapat dijumpai. mengikut kitab suci Al-Quran, bahtera nabi berlabuh digunung Judie dikawasan berdekatan Turki. selepas berlabuh bahtera ini maka turunlah nabi dan pengikutnya dikawasan tersebut dan memajukan kawasan tersebut. dipercayai tamadun baru bermula dikawasan tersebut dimana kita dapat lihat Babylon dan dan piramid dan macam lagi banyak terdapat dikawasan sana.


ok apa yang dapat kita lihat disini adalah peristiwa ini berlaku pada masa 5000 tahun yang lepas dimana jika mengikut sejarah kita belajar kat sekolah yang mana sejarah ni diciptakan oleh kuasa2 besar dunia, pada masa itu adalah masih lagi dalam zaman mesolitik dimana zaman batu baru. kira manusia ni masih lagi hidup nomad dan masih mengunakan batu sebagai senjata. tetapi jika dilihat dari segi bahtera nabi Nuh, kita dapat lihat betapa majunya tamadun pada masa itu dimana dapat menghasilkan pengungkutan laut pertama didunia. mengikut kata sainstis, bahtera yang diperbuat oleh nabi Nuh adalah paling stabil sekali dan adalah mustahil bagi manusia pada zaman mesolitik dapat mencipta benda yang sebesar panjang 5 padang bola ini dan seberat 14000 tan ini untuk mampu timbul dan stabil bila berada dilautan.

oleh sebab itulah kuasa besar cuba untuk menyembunyikan penemuan ini. penemuan pertama adalah pada tahun 1840. jika penemuan ini dibongkar maka ramai yang akan mempersoalkan tentang sejarah yang dicipta oleh kuasa2 besar ini. sejarah yang mengabui mata manusia tentang kewujudan tamadun yang maju. Islam menyuruh umatnya untuk mempelajari sejarah tentang Nabi dan Rasulnya kerana sejarah itu memang tiada penipuan dan cacat cela. masih banyak lagi sejarah yang menunjukkan tamadun pada masa ribuan tahun dahulu adalah maju dan membangun cuma bila sesuatu tamadun itu dah sangat maju maka akan wujud malapetaka yang akan membuatkan tamadun tersebut hilang didunia.

kesimpulan disini, marilah kita belajr tentang sejarah nabi2 dan rasul2 kita untuk tidak kita ditipu oleh kuasa2 besar yang ingin menjadikan mereka sebagai tokoh2 dan idola orang ramai.

"Life.... never lies..."
-bddagreat-

3 comments:

Feel Free To Leave A Comment