Monday, September 6, 2010

The Unexpected Things..

ok.. fuhhh.. setelah nafas ku hela.. jari ku memulakan langkahnya untuk menaip kekunci di papan kekunci.. apa yang ingin aku sampaikan disini adalah berkaitan dengan perjalanan hidupku pada semalam dan hari ini.. aku sebenar telah merancang dan juga berharap agar dapat pulang ke desaku semalam tetapi apa yang dirancang tak semestinya dapat dicapai.. itulah rumlah hidup..


setelah hatiku ini berbunga dan bersinar dek kerana aku akan melangkahkan kakiku untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran Aidilfitri bersama keluarga yang tercinta, apakan daya aku tidak dapat melawan takdir dimana aku masih lagi diperantauan.. terdapat sebab dan musabab yang berlaku yang menyebabkan aku tidak dapat pulang kekampung halaman pada waktu yang dirancang. tapi eloklah jika sebab itu aku pendamkan sendiri...

hari ini aku hanya bersendirian berbuka puasa dirumah sewaku ini sambil memikirkan rancangan untuk pulang ke kampung halamanku.. hati ini sudah tidak sabar lagi untuk bertemu keluarga dan rakan handai.. apa yang membuatkan aku terkilan disini adalah aku tidak dapat menghadirkan diri di majlis pertemuan semula rakan-rakan perjuangan sewaktu persekolahan dahulu..

apa yang berlaku ini aku terima dengan hati yang terbuka dan minda yang ceria.. aku pasti ada hikmah dan sebab disebalik kejadian yang Tuhan berikan.. apapun aku masih berharap pada tanggal 8hb ini aku masih dapat menjejakkan kaki aku ke kampung halaman dan menyambut lebaran Aidilfitri bersama keluarga tercinta..

berbekalkan tenaga dan permikiran yang ceria serta hati yang tenang aku ingin menamatkan penulisan pada kali ini.. harapanku agar segala yang dirancang agar berbuah dan diriku ini dapat menyambut lebaran dikampung halamanku...

p/s.. inilah akibatnya kalau rancang takda backup.. kan dah kuar ayat2 power nih.. tak sangka leh tulis ayat2 power nih.. i expect the next thing would be better.. Insyaallah..

"Life.. never in our expectation.."
-bddagreat-

3 comments:

Feel Free To Leave A Comment