Tuesday, September 7, 2010

One Piece Mania...!!

disebabkan Manga one piece telah berehat selama sebulan jadi aku mengambik keputusan untuk membaca balik suma episod One piece dari start sampai yang terbaru.. ni suma disebabkan aku tak sabar nak menantikan episod one piece yang akan datang...

bagi sesiap yang tak tau apakah itu One piece.. jangan risau.. aku akan memberitahu apakah gerangan one piece itu.. One piece atau kat Malaysia komik dia nama Budak Getah adalah menceritakan tentang pengembaraan seorang budak nih yang nama dia Monkey D. Luffy.. dia adalah seorang lanun yang bercita untuk menjadi Raja Lanun.. dia telah termakan buah syaitan dimana badannya menjadi getah.. jadi cerita komik ini banyak berkisar tentang pengembaraannya untuk menuju ke suatu tempat di nama kan One Piece dimana tempat tu terletaknya harta karun peninggalan Raja Lanun.. Gold D. Roger.. yang mana telah dijatuhkan hukuman mati 20 tahun lepas (masa dalam komik ini.).. dalam perjalanan menuju ke One piece.. banyak halangan dan cabaran yang ditempuhi.. sambil dia mengumpul krew lanunnya..

komik ini memang banyak plot dan adegan yang menarik serta memounyai set lengkap.. iaitu lawak, suspen, sedih dan macam lagi.. jadi kepada yang sesiapa yang tak penah baca komik ini amik la peluang untuk membaca.. memang tak rugi anda baca komik ini.. banyak pengajaran yang aku rasa leh diambil dalam komik nih.. anda leh google ja untuk baca komik ini online.. ada jugak website yang menyediakan perkhidmatan untuk mendonlot komik ini..

ok lah post aku kali ini sampai kat sini saja.. nanti aku update lagi..

p/s... tak sabar nak balik esok pagi.. harap perjalanan esok berjalan dengan lancar.. Insyallah..

"Life.. move forward"
-bddagreat-

2 comments:

Feel Free To Leave A Comment